Nutrition for Behaviour merupakan kursus yang menerangkan bagaimana pemakanan mempengaruhi emosi, fokus, tenaga dan tingkah laku anak dalam kehidupan seharian. Kursus ini membantu ibu bapa memahami bahawa tingkah laku seperti tantrum, cepat marah, sukar fokus, hyperaktif dan impulsif bukan semata-mata masalah disiplin, tetapi boleh menjadi isyarat bahawa tubuh anak sedang memerlukan keseimbangan nutrisi, tenaga dan emosi yang lebih baik.
Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari hubungan antara makanan, fungsi otak, kestabilan emosi, tenaga dan behaviour anak, serta bagaimana perubahan kecil dalam pemakanan harian boleh memberi kesan besar kepada pembelajaran, fokus dan kesejahteraan keluarga. Antara topik utama yang dibincangkan termasuk konsep “Food is Information”, kepentingan 1,000 hari pertama kehidupan, breastfeeding & early nutrition, hidden dietary triggers, hubungan makanan dan tingkah laku, The CALM Framework serta konsep POWER Plate untuk membantu membina hidangan yang lebih seimbang dan menyokong perkembangan anak.
Kursus ini disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami, praktikal dan sesuai untuk ibu bapa moden yang ingin membina gaya hidup lebih sihat untuk keluarga. Ia juga sesuai untuk guru, pengasuh, wellness coach, kaunselor serta individu yang berminat untuk memahami hubungan antara child nutrition dan behaviour dengan lebih mendalam.